Wednesday, 27 July 2011

Panasonic LUMIX GF 3 - The Prosumer Killer?

Panasonic GF3 dengan Lensa 14mm f/2.5
Mirrorless.... Hybird.... Interchangeable lens camera...
Apa jua nama yang anda ingin berikan, terpulang kepada individu? Sistem baru ini dalam dunia kamera mungkin tidak asing lagi kepada mereka yang sering mengikuti perkembangan dunia fotografi. Kepada mereka yang masih tidak kenal, sila rujuk kepada blog berkenaan dengan OLYMPUS PEN3.



LUMIX GF3

GF3 merupakan generasi mirrorless yang ke-3 daripada kilang Osaka dan merupakan model ke-2 yang dilancarkan pada tahun ini. GF2 dengan fungsi touch screen dilancarkan pada awal tahun di Malaysia dan kini pada bulan Julai GF3 dilancarkan bagi merancakkan jualan sempena Hari Raya Puasa.

GF3 dipasarkan dengan 3 pakej yang berlainan iaitu:-
1. Lensa 14mm f/2.5 @ RM 2,099
2. Lensa 14-42mm Mega OIS @ RM 1,999
3. Lensa kembar 14mm f/2.5 dan 14-42mm OIS @ RM 2,599
Semua set di atas disertakan bersama memori kad 8GB SD dan bag kamera LUMiX.
LUMIX GF3W - Set lensa 14mm f/2.5 dan 14-42mm OIS @ RM 2,599


Seperti yang boleh kita perhatikan ialah betapa kecilkan kamera ini, melalui perbandingan, ia lebih kecil dari Canon Powershot G11. GF3 kini memegang gelaran kamera tukar lensa yang terkecil di Malaysia. Gelaran ini mungkin akan dirampas oleh Olympus PEN Mini yang akan dilancarkan selepas bulan raya.

GF3 dibandingkan dengan GF2, ia telah kehilangan beberapa perkara yang penting seperti perakam suara stereo dan hot shoe. Pada pendapat saya kehilangan hot shoe adalah perkara yang amat sedih demi rekabentuk badan yang kecil. Tanpa hot shoe, flash tambahan, perakam suara external serta lain assessori tambahan tidak dapat disambungkan pada kamera. Tetapi 70% daripada pengguna GF tidak akan merasakan kekurangan ini kerana ramai pengguna sistem ini tidak akan membeli peralatan tambahan lain.

Reka bentuk yang minima dan kecil, Hot Shoe diabaikan


Imbasan Spesifikasi GF3
12 mega pixels
ISO 6400
Full HD video (60 fps max)
3" Touch Screen
spesifikasi yang lebih jitu, sila layari laman Panasonic


Penggunaan GF

Secara amnya, Lumix ini amat selesa dipegang terutama diguna bersama dengan lensa 14mm f2.5. Saiz yang kecil sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Tekan ON sahaja, Lumix serta untuk digunakan tanpa perlu membuat sebarang setting. Setting kilang yang menggunakan IA - intelligent Auto bijak memilih setting yang bersesuai mengikut suasana. Ciri-ciri pengesan muka pantas mengesan muka yang muncul pada LCD.

LiveView and Auto Focus
Fokus sentiasa lock pada muka dan sedia untuk klik samada menggunakan touch screen ataupun shutter button. Performance AF adalah lebih laju daripada GF2 tetapi bukanlah ketara sangat. Kelajuan AF Lumix adalah antara yang terpantas antara semua sistem mirrorless kecuali Olympus Pen3. Malah AF GF3 adalah setanding dengan DSLR entry level. Thumbs Up !
Prosumer, do you still want it?

LUMIX GF2 vs GF3

Reka bentuk layout
Di sini merupakan kelemahan terbesar LUMIX GF jika anda membeli ia untuk menggantikan SLR ketika bersiar-siar. Anda akan rasa bagaikan menarik seurat rambut dari tepung. Dengan hanya memiliki beberapa butang, kebanyakan fungsi-fungsi hanya boleh di akses selepas beberapa langkah. Sebagai contoh, untuk menukar mode AUTO kepada Shutter priority, saya harus tekan butang, pusing dial untuk pilih Exposure mode setting, dalam Exposure mode baru boleh pilih "S". Selepas itu baru saya boleh pilih Shutter speed yang saya kehendaki. Bagaimanapun, short cut untuk memilih cara exposure boleh dilakukan dengan sistem touch screen, mereka yang mempunyai jari gergasi, sorilah brader, touch screen ini adalah lebih sesuai dengan si manja (GF a.k.a Girl Friend).
Jika anda pengguna yang upgrade dari Compact DC, anda tidak akan rasa kekurangan layout button pada Lumix ini. Lumix ini bagaikan upgrade dari segi saiz berbanding dengan DC. Bagi pengguna segmen ini, kekurangan butang adalah satu kebaikan kerana anda tidak akan berasa rumit penggunaannya.

Prestasi Gambar
Gambar Warna yang Natural
Gambar yang dihasilkan melalui Venus engine 12MP CMOS sensor adalah memuaskan dalam kebanyakkan keadaan. Kelihatan seperti kamera NIKON dimana imej didapati sedikit under exposure untuk melindungi Highlight burn out. Sharpness adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan SONY NEX. Boleh dikatakan dalam sistem baru ini, lensa dari LUMIX adalah antara yang paling bagus.

Dengan menggunakan sensor yang kecil 4/3 yang lebih kecil berbanding dengan APS-C, prestasi ISO telah dijangkakan tidak menjangkaui Nikon atau Canon. ISO test harus dijalankan kerana prestasi ISO kini menjadi satu benchmark dalam membuat perbandingan teknologi kamera.
ISO test pada Lumix GF3 dengan lensa 14-42mm OIS

Berdasarkan kepada gambar yang kita dapat lihat, pada ISO 1600, digital noise sudah jelas kelihatan. Jika pada ISO 6400, saya amat tidak galak penggunaannya. Jika dibandingkan noise level seperti pada ISO1600 pada GF3, Nikon D7000 baru menunjukkan noise yang sama tahap apabila menggunakan ISO 12800. Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa sensor lebih besar, imej qualiti lebih bagus.


Kesimpulannya

Sebagai kata penghujung kepada review ini, kita berbalik kepada soalan asal, PROSUMER killer? YA, dengan saiz kamera GF3 yang semakin kecil dan menawan, GF3 dengan harga jualan ia yang menarik dimana ia bermula dengan harga RM 1,999, LUMIX ini sememangnya adalah dilahirkan sebagai juara untuk menewaskan kamera categori PROSUMER. Jika anda ada terdengar SALESMAN yang berkata kepada kamu, "LUMIX ini akan menggantikan DSLR".... anda boleh beredar dan memberikan senyuman manis kerana mereka hanya nak jual dan tidak tahu akan posisi produk ini. Kepada yang ingin mencuba sistem interchangeable lens, GF3 adalah satu permulaan yang baik, tapi ingat ia bukan pengganti DSLR.

No comments:

Post a Comment