Thursday 25 August 2011

NIKON MB-D11 Original vs FAKE - D7000

Barang tiruan adalah tidak asing lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia. Ketika dulu kita tahu Levis atau Armani jeans yang dijual di pasar malam adalah tiruan, walalupun tiruan kita tetap akan membelinya kerana harganya hanya pada RM 50-80, sama harga dengan membeli sepasang jeans yang bernama ABC. Tidak lama kemudian ada pula berita bahawa kedai LEVIS di kompleks beli belah menjual jeans tiruan dengan pada harga yang murah sedikit dengan original. Tidak hairan ada ramai yang tertipu kerana ingat mendapat barang murah. Kini pulak dalam era internet, barangan tiruan menjadi lebih senang untuk dijualkan kepada pengguna melalui klik pada tetikus shj. Dulu hanya produk yang mempunyai nilai tinggi shj ada tiruan, tetapi kini. . . barangan belasan pun ada TIRUAN.

Dalam blog hari ini, saya ingin memberikan serba sedikit informasi terhadap barangan tiruan yang ada dalam pasaran bidang fotografi. Sebelum itu, anda harus faham akan maksud TIRUAN vs 3rd party atau Generic. Tiruan merupakan produk yang diciplak hampir 100% yang menjadi sukar untuk dibezakan dengan yang asal. Contohnya jam tangan TIRUAN ROLEX. Generic pula adalah barangan yang mempunyai jenama yang berlainan dengan barang asal tetapi menjalankan fungsi yang hampir sama dengan yang original. Contohnya seperti minyak engin TOYOTA, kini boleh gunakan Mobil ataupun Castrol.
Permukaan Shutter pada tiruan adalah LICIN dan keras ketika di tekan

Tiada Emboss perkataan NIKON pada bateri holder Li-ion
Balik dengan cerita barang tiruan accessories kamera. Filter HOYA, KENKO, NIKON dan CANON memang telah lama mempunyai tiruan. Begitu juga dengan batteri NIKON, CANON dan Olympus, bateri saiz AA seperti ENELOOP dan SONY turut mempunyai tiruan. Apa yang lagi membimbangkan lagi ialah LENSPEN yang berharga RM 30 pun ada tiruan. Memang boleh dikatakan senarainya adalah amat panjang.

So apa yang ingin di expose pada blog ini adalah bateri GRIP NIKON MB-D11 yang kini ada dalam pasaran di KUANTAN. Berikut adalah perbandingan yang dapat saya rakamkan untuk pengetahuan anda semua.
Bateri Grip original mempunyai permukaan yang lembut dan halus

Tempat letak bateri Li-ion tiada perkataan "PUSH"

Rekabentuk dalaman yang berpetak-petak pada bahagian dalam
Sebagai kesimpulannya, jika member atau rakan anda yang ada membeli ataupun ada yang sedang menjual NIKON MB-D11 kepada kamu, sila pastikan yang ORIGINAL. Jangan percaya bahawa produk mereka adalah ORIGINAL yang kononnya di IMPORT direct (GREY set) dari Hong Kong ataupun lain lain negara. Ini kerana, MB-D11 yang di pasarkan oleh NIKON Malaysia adalah antara yang termurah sekali di seluruh dunia. Walaupun member yang jual, please check...!!! Kalau nak yang murah dan berkualiti punya bateri grip, anda boleh pilih brand MEIKE for D7000, harga tak sampai pun RM 270 bersama dengan warranti setahun. Kalau TIRUAN jual pada harga RM 350, baik beli generic (sbb TIRUAN dibuat oleh kilang yang sama)