Tuesday 28 June 2011

NIKON D7000 - Semi Pro price with big features

This its my very first attempt to do a review or perhaps a hands-on on the latest buzz in the NIKON camp. So, since i think most of the audience will most likely to be Malaysian, so I will therefore continue the rest of the hands on experience in Bahasa Malaysia.

NIKON D7000 + AF-S 18-105mm VR

NIKON D7000 sudah berada di pasaran Malaysia selama hampir 6 bulan. Sambutan semenjak pelancaran ia di Malaysia masih lagi membara. Melihat kembali harga pasaran D7k, harga (street price) telah menurun sebanyak 3 kali. Kini harganya berada dalam lingkungan RM 4000 untuk set tanpa aksessori tambahan. Untuk harga dan promosi terkini, sila kunjungi kedai saya FOTO SUN S/B di Kuantan Parade ataupun di Jalan Besar.

D7k bersama adiknya D90
D7k dilihat sebagai penganti D90 sebelum dan selepas pelancaran rasmi. Tetapi realitinya, D7k tidak menganti D90 tetapi menjadi abang yang hidup bersama. Bagaimana pulak dengan D300s? Semua specifikasi D7k kelihatan lebih baik dari D300s, adakah ia berada pada hieraki lebih tinggi atau sebaya? Emmm...., Ya dan juga Tidak. Dari segi kualiti gambar dan video, sememangnya D7k, tetapi prestasi Auto Focus (AF), fps dan rekacipta bodynya (butang, magnesium alloy) masih berada dibawah D300s. Malah untuk layak diiktiraf sebagai ahli NPS (Nikon Professional Service) anda harus memiliki sekurang-kurangnya D300s.

So, apa yang bestnya tentang D7k. Ciri-ciri utama:-

1. 16.2MP
2. ISO 100 - 6400 (boleh sampai 25600 pada Hi2)
3. Sistem AF baru 39 point
4. 2016 pixels RGB sensor TTL exposure metering
5. 100% viewfinder coverage (What U See Its What U Get)
6. EXPEED 2 image processor
7. 6 frame persecond (fps)
8. Magnesium Alloy body
9. Full HD - 1080p video with full time AF

Untuk spesifikasi yang lebih terperinci, sila layari www.nikon.com.my atau www.dpreview.com


FIZIKAL Badan Macho

So, apa yang baru dari segi fizikal badannya. kelihatan lebih tinggi dan tebal sedikit berbanding dengan D90. Butang-butang untuk mengawal fungsi pun bertambah dan berubah kedudukan. Kelihatan pada gambar dibawah ialah butang LV (Live View bukannya Louis Vuitton), putar untuk ON dan butang merah ialah untuk mulakan rakaman video ketika dalam mode LV.

LV mode bersama dengan REC menunjukkan kesungguhan NIKON untuk menjayakan CINEMAgraphy
Bahagian kiri turut disertakan dengan option untuk menyambungkan MIC
HDMI, USB, Shutter Release, MIC and AV port semuanya ada

Perubahan yang lebih besar adalah butang bahagian AF. Pertukaran mode auto kepada manual masih sama, yang lebih ialah butang tengah. Tekan sambil memutar dial Sub Command Dial depan untuk menukar mode Focus Point (Auto-3D tracking-39 Dynamic Point-21-9-Single point), pusing Main Command menukar mode cara fokus (AF-Single, AF-Continuous, AF-Auto)


Mode Dial telah ditambah dengan Scene mode untuk pengguna Beginner dan U1, U2 pula adalah mode tambahan untuk setting User1 dan User2. Amat berguna jika kamera ini sering bertukar tangan, contohnya suami sudah setting warna cerah dan vivid manakala isteri suka warna putar dan mode Auto.
D7k kini ditambah dengan Release Mode dial seperti yang ada pada kamera Pro. Single shot, Continuous Low, High, Quiet (senyap), Timer, Remote (InfraRed) dan yang baru Mirror-Up.
Mirror-up digunakan untuk pengemar gambar landskap yang mementingkan tiada gangguan pergerakan kamera. Pada klik shutter yang pertama, cermin pantulan image akan bergerak ke atas, klik ke-2 shutter blade baru berfungsi menyikut kelajuan yang telah ditetapkan. Tujuan utama ialah untuk meminimakan pergerakan yang boleh menjejaskan kualiti gambar.

Dual Slot SD, disarankan guna kad kelajuan tinggi seperti Sandisk Ultra dan Extreme

Kini dengan Dual Slot SD card, anda boleh menggunakan 2 kad untuk beberapa fungsi tambahan. Anda boleh memilih untuk :-
1. Overflow - kad pertama penuh, kemudian imej masuk kad ke-2
2. Back-up - kad 1 dan 2 direkod dengan imej yang sama
3. RAW, jpeg - kad 1 simpan RAW imej dan kad 2 simpan jpeg
4. Video, imeg - kad pertama imej dan kad 2 video




Grip pada D7k lebih nipis dan tidak sebulat D90, saya lebih suka pada grip D90 yang rasa lebih selesa


Bateri baru EN-EL15 menawarkan 1900mAh 14W (4500 shot NIKON rate, 1050 shot CIPA rate)

Prestasi Yang Tersirat

Spesifikasi yang tersurat dah anda baca melalui website NIKON, betul? So tak perlu lagi saya nyatakan semula 16MP, ISO, fps dan sebagainya, boleh check di site NIKON. Apa yang ingin diceritakan di bahagian ini adalah imej kualiti gambar, video serta prestasi AF.

Imej Kualiti

Seperti yang diketahui, D7k memiliki sensor baru 16MP CMOS baru (yang kedua tertinggi dalam kiraan pixels selepas D3x-24MP). Sensor ini bersama dengan sistem pemprosesan image oleh EXPEED 2 membolehkan imej kualiti D7k menerima THUMB-UP dari golongan jurugambar-jurugambar PRO. Apa yang ThumbUp sangat pasal D7k ni, ada majalah yang menyatakan ia lebih baik dari 7D dan D300s, benarkah? So, lets find out.

ISO Control
ISO merujuk kepada sensitiviti sensor terhadap cahaya. ISO yang lebih tinggi membolehkan kita menggunakan shutter speed yang lebih laju. Kualiti ISO kini menjadi satu benchmark atau rujukan yang menentukan gred kamera DSLR. Tidak dapat dinafikan bahawa King of ISO kini adalah NIKON D3S, so D7k macam mana pulak?


Gambar diatas di ambil menggunakan AF-S 18-55mm VR pada f/8, White balance Auto, menggunakan jpeg pada NR-Normal Setting. Melalui pemerhatian yang dilakukan, Noise mula kelihatan pada ISO1600 di bahagian gelap (shadow area). Warna masih kelihatan TULEN sehingga 8000, bermula dengan 10400 dan keatas, kebiruan (cyan) mula kelihatan dan menjadikan imej pada Hi2 sama sekali tidak boleh digunakan kecuali dalam format B/W ataupun sangat terdesak sahaja.
Cara pemprosesan imej pada ISO yang berlainan menyebabkan kejelasan (sharpness) pada gambar turut berbeza. Merujuk kepada gambar, anda boleh lihat bahawa pada ISO 3200, gambar adalah lebih jelas berbanding dengan ISO 100 (ISO 800&1600 sudah getar sedikit). So kalau nak gambar sharp sedikit pada bawah ISO 800, saya skor anda tambahkan SHARPNESS control pada setting PICTURE CONTROL. Jika anda tidak bercadang untuk mencetak gambar melebihi saiz A3, anda boleh guna ISO sehingga 6400. Hakikatnya kita memang jarang sangat menggunakan ISO yang setinggi ini, kecuali kaki-kaki macro and suka kepada "available light". Of coz, kalau ada mestilah lebih baik.


White Balance (Penyeimbangan Warna Putih)
WB adalah satu setting yang amat penting bagi menentukan kecenderungan WARNA. Sebelum itu, apa itu WB? Cahaya yang kita lihat terdiri daripada pelbagai spektrum yang mempunyai suhu warna (color temperature) yang berbeza. Sumber cahaya yang berlainan turut memberikan bacaan KELVIN yang berlainan. Sila rujuk http://www.cambridgeincolour.com/tutorials/white-balance.htm untuk pemahaman lebih terperinci.
So bagaimanakah prestasi ketepatan WB D7k dalam setting AWB? Bila AWB dapat berfungsi dengan tepat, kita boleh mengurangkan kerja editing = jimat masa, jimat wang. D7k mempunyai 2 setting AWB, 1 standard dan satu lebih WARM (kejinggaan).
Pada AWB saya dapati setting standard lebih cenderung kepada KEBIRUAN (cyan) sedikit dalam kebanyakkan keadaan, ketika cuaca mendung (dekat nak hujan) KEBIRUAN menjadi lebih ternyata. AWB agak memuaskan jika digunakan dalam situasi yang tricky yang mempunyai kombinasi lampu tiub putih dan jingga.

AWB1 pada lampu tuib jingga
AWB1 pada lampu tuib putih
AWB1 pada hari mendung menjadikan ia CYAN

Pada AWB2 pula, setting adalah lebih WARM dan ini membantu untuk mengimbangkan WB dengan lebih betul dalam cuaca mendung, tetapi saya mendapati setting ini terlalu WARM ketika digunakan dibawah cahaya lampu yang berwarna jingga.
AWB2 pada lampu tiub jingga menjadikan ia JINGGA kemerahan
AWB2 pada lampu tiub putih
AWB2 pada hari mendung

Saya sarankan :-
AWB1 - Semua keadaan termasuk indoor kecuali hari mendung, hari hujan dan waktu senja
AWB2 - Waktu senja dan mendung, gambar keluarga yang memerlukan WARM FEELING

So kalau nak warna yang lebih tepat, datanglah ke kedai saya untuk beli White Balance Cap hanya pada RM39, itu harga sebelum diskaun tau....atau anda boleh pakai setting KELVIN mengikut suhu warna yang paling sesuai dengan citarasa anda.


Metering Exposure (permeteran dedahan)
Metering merupakan satu babak rencana yang sering diabai atau disalahfahamkan oleh kebanyakkan orang. Dengan memiliki sensor RGB 2016 pixels D7k menjanjikan prestasi metering yang terbaik dalam kelasnya. Sistem metering masih sama, MATRIX, CENTER WEIGHTED dan SPOT. Sejauh manakah kebenaranya?
Dengan menggunakan MATRIX metering untuk gambar landskap, didapati exposure adalah sedikit +ve (over expose) mengikut citarasa saya.
Saya lebih suka kepada exposure pada -0.7ve ditambah dengan setting D-Lighting Hi. Secara keseluruhannya, matrix metering pada D7k adalah tepat pada kebanyakkan landskap setting.

To be continue again....