Thursday 13 November 2014

Mirror-mirror on the "war"

Kamera sistem/mirrorless/Interchangeble lens system camera ( 1" inch, M4/3, APS-C atau Full Frame) kini telah menjadi perbualan pengguna kamera samada yg amatuer ataupun yang PRO.

Migrasi PRO user dari DSLR ke mirrorless bermula sejak dengan penggenalan flagship model seperti Panasonic GH4, Olympus OMD-EM1, Sony Alpha A6000 - A7R/S dan juga Fujifilm X-T1. Migrasi di Malaysia lebih tertumpu kepada saiz mirrorless bersensor APS-C dan juga Full Frame.

Model yang mendapat sambutan ramai di kedai saya berupa Fuji X-T1. Memang tidak boleh di pertikaikan bahawa XT1 cantik tersirat dan tersurat. Rupanya yang ala vintage bersama dengan EVF yg besar serta image qualiti yg superb telah berjaya memikat beberapa customer tetap SLR untuk beralih ke mirrorless.

Apakah faktor perubahan ini?

Saiz dan berat, adakah benar ataupun mistik?
Alasan migrasi yang kerap saya dengar adalah faktor saiz. Saiz kecil berupa faktor utama bagi mereka beralih terutamanya bagi pengguna kamera NIKON & CANON full frame yang memiliki lensa-lensa 2.8.

"Kenapa tukar ni?".....

Alasan yang kerap saya dengar:-

"Beratlah....Alex.... tak larat nk naik gunung dengan D3 bersama dengan zoom lens 2.8 ni"

"Pakai 5D Miii dgn 50mm f1.2 dan 70-200mm ambik gambar nikah sepanjang hari memang penat sgt... sekarang sudah tua, tak larat sudah"

"Dah tak main gambar kahwin ni, nak jalan-jalan dengan famili, kamera SLR besar beratlahhh... nk guna kamera kecil sudah cukup"

"Tak kann lahh nak jalan-jalan dengan famili bawak 5D MIII"


Tapi sebelum tu, mari kita kaji semula Mirrorless vs DSLR

.... perbandingan apple to apple

Selama ini, semua PRO kata DSLR berat. Berat itu benar, tetapi mereka membandingkan berat kamera Full Frame + lens pro f/2.8 (70-200mm, 24-70mm) dengan mirrorless kamera. Itu bukannya perbandingan yang adil.

So... the best choice for most user in mirrorless are most likely to be in APS-C. So... APS sensor.... lens mirrorless APS bukanlah sekecil dan seringan yang disangkakan. Saiz & berat mereka tidak jauh beza dengan saiz lens dari lens DX & EF-S lens. Kalau kita bandingkan lensa yg mempunyai focal length yg sama, perbezaan mereka adalah 5%


Sony Emount 18-55 vs Canon 18-55
Sony E mount 50 f/1.8 vs Nikon 50 f/1.8

Maka dalam topic ini saya akan membuat perbandingan mirrorless vs slr dengan menggunakan kamera Fuji X-T1 vs Nikon D5300. Kombinasi bersama lens ini dipilih dengan harapan mencapai satu situasi yang ceteres paribus.

Hahhh... ramai mesti dah mengutuk....
"level Fuji tu lebih Pro banding dengan Nikon yang Entry level, mana boleh banding mcm tu".

Nikon D5300 merupakan ENTRY level kamera, tetapi tidak bermakna ia tidak layak untuk bersaing dengan Fuji X-T1 (Flagship termahal & terbaik Fuji). Dilihat dari spec sheet, D5300 tidak kalah sedikit pun.


Fuji XT1 + Fujinon 18-55mm f/2.8-4
~RM 5,000
- 16MP APS-C without AA filters
- weather sealing body
- 8 fps, 1/4000
- Full HD video
- X'tra large EVF
- Wifi
- 440gram (body) + 310g (lens)






Nikon D5300 + Sigma 17-70mm f/2.8-4
~ RM 3,800
- 24MP APS-C without AA filters
- 5fps, 1/4000
- Full HD video
- Wifi
- 480gram (body) + 535g (lens)







Saiz dan berat, sudah tentu XT1 menang, tapi tipis dengan 265g, itupun sebab lens Sigma yang lebih panjang. Adakah 265g tu berat sangat? Adakah saiz D5300 dengan grip yang lebih baik besar sangat?
Pada pendapat saya, saiz D5300 just nice kerana grip ia lebih secure banding dengan Fuji.


Handling, hmmm... grip SLR sememangnya lebih besar dan dalam. Membolehkan pengguna berasa keyakinan penuh semasa menggunakannya. XT1 tidak jauh ketinggalan tetapi memang kurang sedikit.
Butang, dial mode dan function untuk kedua-dua kamera adalah senang untuk dioperasikan. Baru yang baru migrasi, mirrorless mungkin memerlukan anda study lebih banyak sedikit sebab anda belum biasa lagi. Bila dah mahir, operasi sama sahaja dengan SLR.


Image Quality (IQ)
hmmm.... image quality, ini yang sering dipertimbangkan oleh pengguna. Dan inilah yang menjadi penentu segalanya kepada yang PRO ??? Apa yang saya dapati selepas membuat perbandingan menggunakan setting yang paling seiras ialah ..... ITS NO HUGE DIFFERENT !!!
Sila lihat sendiri berdasarkan gambar yang saya sediakan.

ISO - 400
Aperture Priority Mode - f/2.8 or f/4
Dynamic Range - Normal mode
Picture control - Standard mode

Aperture Priority : f/2.8 ISO 400 - Nikon D5300

Aperture Priority : f/2.8 ISO 400 - Fuji XT1
Nikon D5300

Fuji XT1
Nikon D5300
Fuji XT1
hmmm.... kedua kamera menghasilkan imej yang amat memuaskan, tiada perbezaan yang ketara antara mereka dari segi sharpness dan details. Tetapi apabila pixels pipping, nyata details dari 24MP sensor adalah lebih baik berbanding dengan 16MP Fuji. Dynamic range antara kedua kamera amat baik dalam range APS, tetapi kelihatan imej Fuji lebih cenderung untuk "under expose" dlm semua keadaan (not a bad thing, coz detail are more easily recover via shadow rather than highlight). White Balance Fuji ternyata lebih Sejuk berbanding dengan Nikon, mana yang lebih tepat, itu atas penilaian anda.
I would say.... no clear winner here !!!

Apa yang pasti ialah White Balance dari mirrorless adalah lebih tepat, I nilaikan 9.5 berbanding dengan 8/10 untuk DSLR. Ini mungkin disebabkan oleh cara WB dinilai dengan menggunakan sensor terbuka (liveview operated). Dengan memiliki WB yang tepat, ia membolehkan kita dapat warna yang lebih natural dan tepat dengan sekali snap.

Focusing, Auto Focusing melalui viewfinder dengan menggunakan kedua kamera adalah laju dan tepat. Tiada isu, tapi boleh dikatakan D5300 kelihatan lebih baik sedikit (sgt sedikit). Tetapi bila menggunakan Liveview LCD, kelemahan DSLR kelihatan jauh ketinggalan. "Tapi mana ada Pro yang menggunakan LiveView LCD...kannn"

Manual Focus
Apakah kata kita menggunakan lens yang sama, Voiglander 58mm f1.4 (f mount) untuk buat perbandingan.



Apabila lens ini digunakan, saiz dan berat kini adalah sama. XT1 terpaksa menggunakan adapter Harus diketahui bahawa salah satu faktor yang menyebabkan lonjatan jualan mirrorless adalah adaptasi 3rd party lens pada body mereka dengan menggunakan mounting adapter.

Penggunaan manual fokus pada mirrorless adalah yang terbaik dengan bantuan PEAKING focus dan "split focus screen" yang ada pada XT1. Hampir 90% imej menggunakan f1.4 dapat difokus tepat pada sasaran. No issue !!!
Manakala pada D5300, operasi adalah kurang memuaskan. Dengan hanya berpandukan titik AF confirm yang kecil macam beras di penjuru viewfinder, untuk mendapatkan fokus tepat adalah sangat sukar dan pelahan. Saya tidak dapat tumpukan perhati terhadap subjek sambil memerhatikan AF confirm atau sebaliknya. hampir 50% imej adalah out of focus jika menggunakan lens aperture besar pada kamera DSLR APS-C.

Nikon D5300 @ f/1.4

Fuji XT1 @ f/1.4

Nikon D5300

Fuji XT1
Metering pada mirrorless berfungsi dengan baik walaupun tiada aperture communication dengan kamera. Boleh disimpulkan, jika kita ingin menggunakan classic lens, the way to go its to use a mirrorless camera. Best option available now.

Berbalik kepada soalan asal, apa faktor migrasi ke mirrorless, mana yang sahih???
- saiz dan berat - mcm tak sahih je
- IQ - mcm tak sahih sgt
- ease of use - same je kannn (kecuali guna manual lens)

Yang telah beralih, boleh tolong komen supaya orang yang baca blog ni dapat memahami lebih.
Yang nak beralih, juga sila komen kenapa?
Yang nak tambah untuk complement Full Frame SLR, sila komen nak sistem apa dan kenapa?
Yang baru je nak beli kamera, tak perlu fikir banyak, mirrorless its the future.
Go mirrorless !!!

Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kamera mirrorless adalah future. Segelintir function dan cara operasi mungkin tidak sepantas kamera Pro DSLR, tetapi teknologi mirrorless semakin canggih dan room of improvement masih banyak lagi. 2 - 3 tahun kemudian, mirrorless sememangnya dapat mengatasi karenah-karenah yang dihadapi oleh pengguna SLR yang Pro. Di andaikan jika tiada anjakan paradigma dari NIKON dan CANON dalam dunia  DSLR, SLR dalam dekad yang akan datang bolehlah masuk muzium.