Dunia Kamera Interchangeable Lens Tanpa Cermin (Mirrorless) menjadi semakin rancak dengan pelancaran LUMIX GF3 dan NEX C3. Dengan kedatangan PEN generasi ke-3, Olympus dengan bangganya memberitahu dunia bahawa kamera Hybird keseluruhannya akan mengatasi prestasi DSLR pada masa 3 - 5 tahun akan datang. Tuduhan ini adalah menuju kepada High End Pro Level DSLR dan bukannya Entry Level. Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini??? Adakah ini boleh menjadi realiti?
PEN 3 dilancarkan pada 30hb serentak diseluruh dunia. Di Malaysia, pukul 3 petang PEN 3 dilancarkan di Kuala Lumpur Golf & Country Club. 3 Model PEN dilancarkan serentak iaitu:-
- PEN 3 @ RM 3,099
- PEN Lite 3 (PL3) @ ~ RM 2,300 - 2,600
- PEN Mini @ ~ RM 1,800 - 2,000
2 lens baru turut dilancarkan iaitu:-
- Snapshot 12mm f/2.0 ~ RM 4,000
- Portrait 45mm f/2.8 - TBC
Dalam pelancaran ini, hanya PEN 3 dan 12mm sahaja sedia untuk menuju ke pasaran dan dijadualkan untuk jualan pada 3 minggu kemudian. Dengan itu, hanya PEN3 yang sempurna sahaja disediakan untuk testing hari ini. PL3 manakala ada disediakan tetapi masih dalam Final Stage Firmware update, so tidak dijadualkan untuk pasaran untuk bulan terdekat ini, harap sebelum Hari Raya Puasa.
Apa yang baru pada PEN3 ini?
1. Autofocus yang paling laju di dunia
2. Full HD movie
3. Sensor gambar Live MOS baru
4. TRUE PIC VI engine processor
5. OLED Screen + Touch Screen (Ipad feel)
Carta kelajuan AutoFocus PEN3 berbanding dengan model-model DSLR |
Olympus menyatakan bahawa PEN3 memiliki system AF yang terpantas dimana Pro DSLR pun kalah ditangan mereka dan mereka boleh lakukan dengan melalui LIVE VIEW. Ini adalah satu kenyataan dan bukan tomahan marketing.
Memang laju AF PEN3, memang confirm kalah Nikon D3100 dan Canon 550D pada cubaan tangan saya. Melalui carta di atas, confirm juga kepantasan AF PEN3 berbanding dengan 1DMVI dan D3s. Akan tetapi, anda tak perlu kata "jom tukar ke PEN3" kerana, sehingga kini PEN3 hanya mencapai AF terpantas bila disambungkan dengan lens ZUIKO Mikro MSC sahaja. Dengan pasaran lens MSC yang cuma ada 5 model, memang sukar PEN3 mengatasi kebolehan DSLR secara keseluruhannya. Tapi jangan pandang rendah pada PEN, "the Future Will Come"
Olympus berpendapat Photography = FUN, dengan itu, PEN3 dilengkapi dengan FUN factor:-
Fun 1 = Art Filter yang semakin banyak (12 jenis bersama dengan Braketing - 12 saat untuk memproses)
Fun 2 = Senang di pakai dengan Live Guide setting
Fun 3 = Kecil dan ringan sesuai untuk dibawa setiap masa
Fun 4 = Warna Warni + accessori
Seperti gambar di atas, LOMO effect dll telah diintegrasikan dalam sistem. Mudah untuk mendapatkan special effect kepada orang yang kurang gemar menggunakan PC untuk editing.
Disebabkan PEN lebih disasarkan kepada pengguna "young & trendy", ia telah di permudahkan setting untuk pengguna generasi iPhone, bersama dengan Live Guide, pengguna baru "sistem tukar lens" boleh menghasilkan gambar yang memuaskan.
So, apa pula pendapat saya terhadap PEN3 pula?
PEN3 pada saya bukanlah satu anjakan paradigma tetapi adalah satu lagi evolusi kepada keluarga PEN. Jika dengan berpandukan hanya kepada kebihan AF, Full HD, lens Zuiko MSC dan Touch Screen, pengguna PEN dahulu tidak perlu untuk upgrade, tetapi pengguna kompact yang memerlukan upgrade ke Entry Level DSLR ataupun Prosumer, PEN3 pasti perlu dicuba sebelum membuat keputusan muktamat.
Kualiti gambar memuaskan tetapi tidak menakjubkan disebabkan mungkin oleh lensa. ISO boleh hanya digunakan sehingga 3200 walaupun ia mempunyai 12800. Pada setting 6400, warna sudah kelihatan lari dari ketulenan dimana "noise dan moire" telah mencapai keadaan yang sukar untuk diterima.
LCD 3" OLED touch screen yang dikatakan mempunyai iPad feel tidak mencapai tahap yang janjikan. Touch screen tidak selancar iPad dan tidak boleh Pinch and Zoom, anggap ia sebagai touch screen biasa. Selain itu, LCD tidak membenarkan anda untuk mengakses kepada fungsi-fungsi yang tertera pada screen, anda masih perlu menggunakan butang dan dial pada body untuk bergerak dari satu fungsi ke satu fungsi yang lain. Selama 3 minit mencuba untuk mengubah ISO tetapi tidak berjaya, terpaksa saya meminta bantuan PROMO GIRL yang ada untuk menunjukkan caranya. So, tak semudah yang dikatakan untuk pengguna baru. Tidak dinafikan sistem IU mirrorless pada LUMIX, NEX dan PEN memang lebih sukar difahami berbanding dengan SLR biasa. Pada saya, PEN adalah masih yang termudah tetapi kalau pada fungsi touch screen, saya lebih gemarkan sistem pada LUMIX.
Gambar dari PEN3 Snapshot 12mm f/2.0 Lens |
Gambar dari PEN3 snapshot 12mm f/2.0 lens |
Kesimpulannya
Saya sendiri berpendapat bahawa PEN hanya boleh menjadi penganti kepada pengguna kamera compact dan hanya boleh menjadi kamera yang hidup selari dengan DLSR. Mirrorless boleh menggantikan peranan Entry Level DSLR dari segi kualiti gambar dan kebolehan videonya yang menawarkan Full Time Autofocus seperti handycam. Akan tetapi Mirrorless masih tidak boleh menggantikan "SISTEM" yang telah wujudkan oleh Nikon dan Canon. Pengguna sanggup bertukar dari Canon ke Nikon kerana Nikkor dan Nikon sanggup beralih ke Canon kerana Videonya. Bagaimana Mirrorless boleh memujuk mereka ke Camp mereka dengan sistem mereka yang masih lemah. Model lensa tak banyak, optik yang masih tidak setanding, sensor saiz yang kecil dan 3rd party assessori yang tidak banyak. Heritage PEN sebagai Tools of Photography masih lagi tidak wujud, seperti Symbian berlawan dengan Apple dan Andriod. Jalan masih panjang lagi untuk PEN dan Mirrorless untuk mengatasi segalanya, tunggu dan lihat bagaiman evolusi dan revolusi yang bakal tiba.
No comments:
Post a Comment