Wednesday, 27 July 2011

Panasonic LUMIX GF 3 - The Prosumer Killer?

Panasonic GF3 dengan Lensa 14mm f/2.5
Mirrorless.... Hybird.... Interchangeable lens camera...
Apa jua nama yang anda ingin berikan, terpulang kepada individu? Sistem baru ini dalam dunia kamera mungkin tidak asing lagi kepada mereka yang sering mengikuti perkembangan dunia fotografi. Kepada mereka yang masih tidak kenal, sila rujuk kepada blog berkenaan dengan OLYMPUS PEN3.



LUMIX GF3

GF3 merupakan generasi mirrorless yang ke-3 daripada kilang Osaka dan merupakan model ke-2 yang dilancarkan pada tahun ini. GF2 dengan fungsi touch screen dilancarkan pada awal tahun di Malaysia dan kini pada bulan Julai GF3 dilancarkan bagi merancakkan jualan sempena Hari Raya Puasa.

GF3 dipasarkan dengan 3 pakej yang berlainan iaitu:-
1. Lensa 14mm f/2.5 @ RM 2,099
2. Lensa 14-42mm Mega OIS @ RM 1,999
3. Lensa kembar 14mm f/2.5 dan 14-42mm OIS @ RM 2,599
Semua set di atas disertakan bersama memori kad 8GB SD dan bag kamera LUMiX.
LUMIX GF3W - Set lensa 14mm f/2.5 dan 14-42mm OIS @ RM 2,599


Seperti yang boleh kita perhatikan ialah betapa kecilkan kamera ini, melalui perbandingan, ia lebih kecil dari Canon Powershot G11. GF3 kini memegang gelaran kamera tukar lensa yang terkecil di Malaysia. Gelaran ini mungkin akan dirampas oleh Olympus PEN Mini yang akan dilancarkan selepas bulan raya.

GF3 dibandingkan dengan GF2, ia telah kehilangan beberapa perkara yang penting seperti perakam suara stereo dan hot shoe. Pada pendapat saya kehilangan hot shoe adalah perkara yang amat sedih demi rekabentuk badan yang kecil. Tanpa hot shoe, flash tambahan, perakam suara external serta lain assessori tambahan tidak dapat disambungkan pada kamera. Tetapi 70% daripada pengguna GF tidak akan merasakan kekurangan ini kerana ramai pengguna sistem ini tidak akan membeli peralatan tambahan lain.

Reka bentuk yang minima dan kecil, Hot Shoe diabaikan


Imbasan Spesifikasi GF3
12 mega pixels
ISO 6400
Full HD video (60 fps max)
3" Touch Screen
spesifikasi yang lebih jitu, sila layari laman Panasonic


Penggunaan GF

Secara amnya, Lumix ini amat selesa dipegang terutama diguna bersama dengan lensa 14mm f2.5. Saiz yang kecil sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Tekan ON sahaja, Lumix serta untuk digunakan tanpa perlu membuat sebarang setting. Setting kilang yang menggunakan IA - intelligent Auto bijak memilih setting yang bersesuai mengikut suasana. Ciri-ciri pengesan muka pantas mengesan muka yang muncul pada LCD.

LiveView and Auto Focus
Fokus sentiasa lock pada muka dan sedia untuk klik samada menggunakan touch screen ataupun shutter button. Performance AF adalah lebih laju daripada GF2 tetapi bukanlah ketara sangat. Kelajuan AF Lumix adalah antara yang terpantas antara semua sistem mirrorless kecuali Olympus Pen3. Malah AF GF3 adalah setanding dengan DSLR entry level. Thumbs Up !
Prosumer, do you still want it?

LUMIX GF2 vs GF3

Reka bentuk layout
Di sini merupakan kelemahan terbesar LUMIX GF jika anda membeli ia untuk menggantikan SLR ketika bersiar-siar. Anda akan rasa bagaikan menarik seurat rambut dari tepung. Dengan hanya memiliki beberapa butang, kebanyakan fungsi-fungsi hanya boleh di akses selepas beberapa langkah. Sebagai contoh, untuk menukar mode AUTO kepada Shutter priority, saya harus tekan butang, pusing dial untuk pilih Exposure mode setting, dalam Exposure mode baru boleh pilih "S". Selepas itu baru saya boleh pilih Shutter speed yang saya kehendaki. Bagaimanapun, short cut untuk memilih cara exposure boleh dilakukan dengan sistem touch screen, mereka yang mempunyai jari gergasi, sorilah brader, touch screen ini adalah lebih sesuai dengan si manja (GF a.k.a Girl Friend).
Jika anda pengguna yang upgrade dari Compact DC, anda tidak akan rasa kekurangan layout button pada Lumix ini. Lumix ini bagaikan upgrade dari segi saiz berbanding dengan DC. Bagi pengguna segmen ini, kekurangan butang adalah satu kebaikan kerana anda tidak akan berasa rumit penggunaannya.

Prestasi Gambar
Gambar Warna yang Natural
Gambar yang dihasilkan melalui Venus engine 12MP CMOS sensor adalah memuaskan dalam kebanyakkan keadaan. Kelihatan seperti kamera NIKON dimana imej didapati sedikit under exposure untuk melindungi Highlight burn out. Sharpness adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan SONY NEX. Boleh dikatakan dalam sistem baru ini, lensa dari LUMIX adalah antara yang paling bagus.

Dengan menggunakan sensor yang kecil 4/3 yang lebih kecil berbanding dengan APS-C, prestasi ISO telah dijangkakan tidak menjangkaui Nikon atau Canon. ISO test harus dijalankan kerana prestasi ISO kini menjadi satu benchmark dalam membuat perbandingan teknologi kamera.
ISO test pada Lumix GF3 dengan lensa 14-42mm OIS

Berdasarkan kepada gambar yang kita dapat lihat, pada ISO 1600, digital noise sudah jelas kelihatan. Jika pada ISO 6400, saya amat tidak galak penggunaannya. Jika dibandingkan noise level seperti pada ISO1600 pada GF3, Nikon D7000 baru menunjukkan noise yang sama tahap apabila menggunakan ISO 12800. Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa sensor lebih besar, imej qualiti lebih bagus.


Kesimpulannya

Sebagai kata penghujung kepada review ini, kita berbalik kepada soalan asal, PROSUMER killer? YA, dengan saiz kamera GF3 yang semakin kecil dan menawan, GF3 dengan harga jualan ia yang menarik dimana ia bermula dengan harga RM 1,999, LUMIX ini sememangnya adalah dilahirkan sebagai juara untuk menewaskan kamera categori PROSUMER. Jika anda ada terdengar SALESMAN yang berkata kepada kamu, "LUMIX ini akan menggantikan DSLR".... anda boleh beredar dan memberikan senyuman manis kerana mereka hanya nak jual dan tidak tahu akan posisi produk ini. Kepada yang ingin mencuba sistem interchangeable lens, GF3 adalah satu permulaan yang baik, tapi ingat ia bukan pengganti DSLR.

Saturday, 16 July 2011

Nikon AF-S 50mm f/1.8G - Its any better?

NIKON AF-S 50mm f/1.8G - Lensa Standard / Portret Yang di Idamkan



Bukan satu jarak yang baru, kita telah lama mengenali jarak 50mm ini. 50mm f/1.8 merupakan satu lens yang wajib beli oleh semua pengguna SLR. Sejak 15 tahun yang lalu, kita diperkenalkan dengan lensa NIKKOR 50mm f/1.8D yang merupakan antara lensa yang paling murah dalam keluarga Nikkor. Murah tetapi menawarkan kualiti imej yang menakjubkan.
G vs D or AF-S vs AF ?


Dengan munculnya kamera Nikon D40 (kamera DSLR Nikon entry level 1st yang tidak menawarkan built-in motor), R&D Nikon tahu bahawa mereka perlu menggantikan AF 50mm D kepada AF-S 50mm G supaya askar-askar baru ini dapat menikmati kelazatan BOKEH dari lensa f besar (AF-S 50mm f/1.4G telah lama di pasaran tetapi harga yang agak premium RM 1,888).

Sebelum itu, apa itu D dan G, AF dan AF-S?
- D = lensa yang mempunyai APERTURE ring (berguna untuk kamera fully mekanikal - FM2, F3)
- G = lensa design baru yang bermula semenjak 15 tahun lalu yang mengabaikan APERTURE ring
- AF = Lensa ini memerlukan kamera yang mempunyai motor untuk menggerakkan focusnya.
- AF-S = Lensa ini mempunyai Motor (Silent Wave Motor) sendiri untuk menggerakkan focus.
Nikon 50mm f/1.8D - Cincin bulatan 1.8 - 22 ialah Aperture ring

Setelah menunggu sekian lama, kini pada 2011 Nikon melahirkan AF-S 50mm f/1.8G yang mantap. Dengan kemuculan lensa ini, pengguna D40, 40X, 60, 3000, 5000, 3100 dan 5100 kini boleh menikmati BOKEH lazat dengan belanja yang minima. Autofocus boleh berfungsi tanpa sebarang masalah pada semua kamera SLR Nikon. So ini adalah masanya untuk anda kunjungi kedai saya.


Reka bentuk

AF-S 50mm f/1.8 G ini kelihatan lebih besar berbanding dengan D. Saiz diameter filter kini adalah 58mm dan dengan menggunakan sistem Internal Focus, lens hood berbentuk bulat (disediakan) boleh dipasang untuk mengurangkan flare dan ghosting. Jarak focus minima iaitu 45cm tidak berubah seperti yang anda pada versi D. Berbanding dengan AF-S 35mm f/1.8G DX yang mempunyai jarak 30cm, pengguna mungkin menghadapi masalah kurang biasa apabila ingin menangkap gambar close-up. Disebabkan rekaan 50mm bukan untuk keluarga DX maka jarak minima tidak dapat didekatkan lagi.

Dengan rekaan M/A, yang mempunyai Manual Overide pada focus ring, pengguna masih boleh mengubah focus setelah kamera sudah Lock focus pada sasaran. Fungsi ini amat berguna kepada mereka yang menangkap gambar ketika gelap, subjek yang kurang kontrast dan keadaan dimana fokus secara auto kurang tepat.

Aperture Blade yang berbentuk bulan sabit menjanjikan BOKEH yang lebih lembut
Rekaan lensa ini mempunyai 7 elemen dalam 6 kumpulan serta mempunyai 1 kanta aspherical. Bersama dengan 7 aperture blade yang boleh ditutup sehingga f/16, Bokeh yang dijanjikan ialah "SWEET". Sharpness turut bertambah baik dengan kanta aspherical.




Imej Kualiti

Bahagian ini adalah terpenting sekali. Sejauh manakah beza kualiti lensa ini berbanding dengan versi lama?
Dengan harga RM 798(G) vs RM 468(D), adakah nilai ini berbaloi? Lihat sendiri dan buat penilaiannya.
At f/1.8, very narrow DOF
Setelah mencuba beberapa shot dengan menggunakan lensa baru ini, jelas kelihatan ialah sharpness lensa ini berbanding dengan versi lama. Walaupun tidak mempunyai f/22, anda tidak akan rasa kekurangannya kerana anda lebih mementingkan BOKEH pada f/1.8.


Lens Portret yang sesuai untuk pengguna APS-C (D5000, D5100, D90, D7000)
Saya telah menggunakan lensa ini pada f yang maxima bagi menghasilkan BOKEH untuk tujuan tinjauan anda.
BOKEH 50mm f/1.8D agak berketulan
Versi Baru 50mm f/1.8G
BOKEH yang di hasilkan adalah lebih CREAMY dan Smooth berbanding dengan versi lama. Berpandukan kepada imej ini, jelas kelihatan Bokeh yang dihasilkan oleh D kelihatan berketulan berbanding dengan versi G yang menawarkan BOKEH yang lebih creamy.

Sharpness pula macam mana?
Akan dibincangkan lagi minggu depan....

Sunday, 3 July 2011

Olympus PEN 3 x 3 - DSLR replacement ???

OLYMPUS PEN 3

Dunia Kamera Interchangeable Lens Tanpa Cermin (Mirrorless) menjadi semakin rancak dengan pelancaran LUMIX GF3 dan NEX C3. Dengan kedatangan PEN generasi ke-3, Olympus dengan bangganya memberitahu dunia bahawa kamera Hybird keseluruhannya akan mengatasi prestasi DSLR pada masa 3 - 5 tahun akan datang. Tuduhan ini adalah menuju kepada High End Pro Level DSLR dan bukannya Entry Level. Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini??? Adakah ini boleh menjadi realiti?

PEN 3 dilancarkan pada 30hb serentak diseluruh dunia. Di Malaysia, pukul 3 petang PEN 3 dilancarkan di Kuala Lumpur Golf & Country Club. 3 Model PEN dilancarkan serentak iaitu:-
- PEN 3 @ RM 3,099
- PEN Lite 3 (PL3) @ ~ RM 2,300 - 2,600
- PEN Mini @  ~ RM 1,800 - 2,000
2 lens baru turut dilancarkan iaitu:-
- Snapshot 12mm f/2.0 ~ RM 4,000
- Portrait 45mm f/2.8 - TBC

Dalam pelancaran ini, hanya PEN 3 dan 12mm sahaja sedia untuk menuju ke pasaran dan dijadualkan untuk jualan pada 3 minggu kemudian. Dengan itu, hanya PEN3 yang sempurna sahaja disediakan untuk testing hari ini. PL3 manakala ada disediakan tetapi masih dalam Final Stage Firmware update, so tidak dijadualkan untuk pasaran untuk bulan terdekat ini, harap sebelum Hari Raya Puasa.


Apa yang baru pada PEN3 ini?
1. Autofocus yang paling laju di dunia
2. Full HD movie
3. Sensor gambar Live MOS baru
4. TRUE PIC VI engine processor
5. OLED Screen + Touch Screen (Ipad feel)

Carta kelajuan AutoFocus PEN3 berbanding dengan model-model DSLR

Olympus menyatakan bahawa PEN3 memiliki system AF yang terpantas dimana Pro DSLR pun kalah ditangan mereka dan mereka boleh lakukan dengan melalui LIVE VIEW. Ini adalah satu kenyataan dan bukan tomahan marketing.
Memang laju AF PEN3, memang confirm kalah Nikon D3100 dan Canon 550D pada cubaan tangan saya. Melalui carta di atas, confirm juga kepantasan AF PEN3 berbanding dengan 1DMVI dan D3s. Akan tetapi, anda tak perlu kata "jom tukar ke PEN3" kerana, sehingga kini PEN3 hanya mencapai AF terpantas bila disambungkan dengan lens ZUIKO Mikro MSC sahaja. Dengan pasaran lens MSC yang cuma ada 5 model, memang sukar PEN3 mengatasi kebolehan DSLR secara keseluruhannya. Tapi jangan pandang rendah pada PEN, "the Future Will Come"





Olympus berpendapat Photography = FUN, dengan itu, PEN3 dilengkapi dengan FUN factor:-
Fun 1 = Art Filter yang semakin banyak (12 jenis bersama dengan Braketing - 12 saat untuk memproses)
Fun 2 = Senang di pakai dengan Live Guide setting
Fun 3 = Kecil dan ringan sesuai untuk dibawa setiap masa
Fun 4 = Warna Warni + accessori

Seperti gambar di atas, LOMO effect dll telah diintegrasikan dalam sistem. Mudah untuk mendapatkan special effect kepada orang yang kurang gemar menggunakan PC untuk editing.
Disebabkan PEN lebih disasarkan kepada pengguna "young & trendy", ia telah di permudahkan setting untuk pengguna generasi iPhone, bersama dengan Live Guide, pengguna baru "sistem tukar lens" boleh menghasilkan gambar yang memuaskan.


So, apa pula pendapat saya terhadap PEN3 pula? 

PEN3 pada saya bukanlah satu anjakan paradigma tetapi adalah satu lagi evolusi kepada keluarga PEN. Jika dengan berpandukan hanya kepada kebihan AF, Full HD, lens Zuiko MSC dan Touch Screen, pengguna PEN dahulu tidak perlu untuk upgrade, tetapi pengguna kompact yang memerlukan upgrade ke Entry Level DSLR ataupun Prosumer, PEN3 pasti perlu dicuba sebelum membuat keputusan muktamat.
Kualiti gambar memuaskan tetapi tidak menakjubkan disebabkan mungkin oleh lensa. ISO boleh hanya digunakan sehingga 3200 walaupun ia mempunyai 12800. Pada setting 6400, warna sudah kelihatan lari dari ketulenan dimana "noise dan moire" telah mencapai keadaan yang sukar untuk diterima.

LCD 3" OLED touch screen yang dikatakan mempunyai iPad feel tidak mencapai tahap yang janjikan. Touch screen tidak selancar iPad dan tidak boleh Pinch and Zoom, anggap ia sebagai touch screen biasa. Selain itu, LCD tidak membenarkan anda untuk mengakses kepada fungsi-fungsi yang tertera pada screen, anda masih perlu menggunakan butang dan dial pada body untuk bergerak dari satu fungsi ke satu fungsi yang lain. Selama 3 minit mencuba untuk mengubah ISO tetapi tidak berjaya, terpaksa saya meminta bantuan PROMO GIRL yang ada untuk menunjukkan caranya. So, tak semudah yang dikatakan untuk pengguna baru. Tidak dinafikan sistem IU mirrorless pada LUMIX, NEX dan PEN memang lebih sukar difahami berbanding dengan SLR biasa. Pada saya, PEN adalah masih yang termudah tetapi kalau pada fungsi touch screen, saya lebih gemarkan sistem pada LUMIX.


Gambar dari PEN3 Snapshot 12mm f/2.0 Lens
So apa yang memang boleh dibanggakan ialah sistem Full time AF ia ketika video. Lancar dan cepat sistem focusnya. Jika pernah guna AF pada DSLR untuk video, anda dapat rasakan satu revolusi yang lebih mendadak. Digunakan bersama dengan lensa Zuiko MSC, tiada gangguan bunyi akan kedengaran ketika video tengah berlangsung. Sistem AF ketika still image adalah yang terbaik, laju sangat laju, dan tepat. Target AF boleh dipilih samada melalui Touch Screen ataupun pilihan melalui dail.
Gambar dari PEN3 snapshot 12mm f/2.0 lens


Kesimpulannya
Saya sendiri berpendapat bahawa PEN hanya boleh menjadi penganti kepada pengguna kamera compact dan hanya boleh menjadi kamera yang hidup selari dengan DLSR. Mirrorless boleh menggantikan peranan Entry Level DSLR dari segi kualiti gambar dan kebolehan videonya yang menawarkan Full Time Autofocus seperti handycam. Akan tetapi Mirrorless masih tidak boleh menggantikan "SISTEM" yang telah wujudkan oleh Nikon dan Canon. Pengguna sanggup bertukar dari Canon ke Nikon kerana Nikkor dan Nikon sanggup beralih ke Canon kerana Videonya. Bagaimana Mirrorless boleh memujuk mereka ke Camp mereka dengan sistem mereka yang masih lemah. Model lensa tak banyak, optik yang masih tidak setanding, sensor saiz yang kecil dan 3rd party assessori yang tidak banyak. Heritage PEN sebagai Tools of Photography masih lagi tidak wujud, seperti Symbian berlawan dengan Apple dan Andriod. Jalan masih panjang lagi untuk PEN dan Mirrorless untuk mengatasi segalanya, tunggu dan lihat bagaiman evolusi dan revolusi yang bakal tiba.